Dewan Sastera, Januari, 2000
Apakah kebahagiaan yang sebenar
dapat kuberikan pada
penyanyi jalanan
yang berbekalkan gitar tua
dan topi yang ditadahkan
untuk mengharapkan beberapa rupiah
tika kau tersepit di tengah kesibukan
kota Bandung
dia memetik lagu sedih
lirik dan ciptaannya sendiri
memang tak pernah kudengar tapi aku faham bahasa yang diucapkannya
begitu puitis
meski tidak memberi kepuasan padaku
kerana aku punya agenda lain
dan dia entah sampai bila akan begitu
dan setiap kali kenderaan awam berhenti
aku terus dihampiri satu demi satu dan dihujani
lirik kemanusian
yang terluka.
Ramli Abdul Rahim
Bandung, Indonesia
27 Ogos 1999
0 comments:
Post a Comment