Koleksi sajak hasil karya Ramli Abdul Rahim yang telah disiarkan oleh majalah Dewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

Friday, June 11, 2010

Generasi Coca-Cola


Dewan Sastera Januari 2001


1.

Generasi ini telah di"Coca-Cola"kan
persepsinya lemah
ruhnya kempis
apalah yang tinggal
wajah kosong
ada semacam kegilaan
anak-anak muda bertopi ke belakang
99.99 % yang tukang lepak
di kafe maya
kyusuk dengan pelbagai jenama "games"
di talian chat meraban-raban
tak ke mana-mana
entahlah apa visinya
entahlah apa wawasannya
nol
nol
nol
nol
itulah wajah mutakhir.

2.

Apakah mungkin generasi "Coca-Cola" ini
akan menjadi generasi Robanni?

3.

Kalau dari jam 10.00 pagi sampai 10.00 malam
mata terpahat di pc
sesebentar menghirup "Coca-Cola"
azan zohor berlalu
azan Asar berlalu
azan Maghrib berlalu
azan Isyak berlalu
waktu terus berlalu
seolah-olah tidak ada yang lain yang perlu
kecuali memainkan jari jemari di papan kekunci
mana mungkin akan tercerna generasi Robanni.

4.

Apa akan jadi dengan generasi "Coca-Cola"?
mereka tidak boleh membangun dunia
mereka mabuk (fana) bukan dalam lautan makrifah
kafe itu nanti sama tarafnya dengan video arcade
ia tak mengembangkan minda
ia tak melahirkan manusia
dengan kemanusiaan
hakiki.

RAMLI ABDUL RAHIM
MALAYSIA
15 Oktober 2000

4 comments:

محمد حذوان بن حميدان said...

same2lah kite boikot coca-cola.. (^_^)

Kang nasir said...

coca cola juga sebenarnya mempunyai kesan dalam jangka masa panjang.
mengingatkan kembali anak saudara penggemar tegar coke,
beliau pergi buat selama2nya akibat kencing manis ketika berusia 21thn, ketika sedang menuntut di uitm s.alam thn ke-2.
diluaran kita lihat sihat namun tiada siapa menyangka.

tksh tuan RAR. perkongsian ini.

pertama kali saya mendengar pengesahan dari doctor agak musykil. tetapi itulah hakikatnya.

chytra said...

teguran yg keras...mgkn jg bwt sy

Ulil Amri Tanjung said...

Memang begitulah, tetapi semoga hidayah datang mencelupi mereka, tegurlah kami yang muda ini bila salah,mamanda..karena terkadang, kami mudah khilaf dan alfa

Post a Comment